Benjamin Mora terima Anugerah Kehormat Mexico

Benjamin Mora menerima Anugerah Kehormat Mexico daripada kerajaan Mexico atas pencapaiannya sepanjang mengemudi JDT dan mempamerkan imej yang baik buat negaranya.
Benjamin Mora menerima Anugerah Kehormat Mexico daripada kerajaan Mexico atas pencapaiannya sepanjang mengemudi JDT dan mempamerkan imej yang baik buat negaranya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Mexico memberikan pengiktirafan kepada Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora atas pencapaiannya sepanjang mengemudi kelab berkenaan dan mempamerkan imej yang baik buat negaranya.

Anugerah Kehormat Mexico (Distinguished Mexican) yang diterimanya itu menyaksikan beliau menjadi rakyat Mexico pertama menerima pengiktirafan berkenaan di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan dalam Facebook Johor Southern Tigers, anugerah itu disampaikan Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico.

Upacara penyerahan anugerah itu turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona.

Mora menyertai JDT pada 2016 sebagai Ketua Jurulatih JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad senior.

Sepanjang kariernya bersama skuad Harimau Selatan, beliau telah memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan tiga piala lain.

Artikel Berkaitan: