Kementerian Kewangan nafi kenyataan Ranhill Utilities

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan hari ini menafikan makluman yang dikeluarkan oleh Ranhill Utilities Bhd kepada Bursa Malaysia berkenaan kementerian dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc) telah mengeluarkan surat tawaran kepada Ranhill untuk melaksanakan ‘ketelitian wajar’ ke atas Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, anak syarikat milik penuh MoF Inc, Prokhas Sdn Bhd juga tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan kepada mana-mana pihak bagi melaksanakan ketelitian wajar itu sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ranhill.

ARTIKEL BERKAITAN: AWER bantah MOF lupus saham IWK kepada Ranhill Utilities Bhd

Ranhill Utilities dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam, berkata syarikat tersebut telah menerima surat jemputan daripada MOF Inc untuk menjalankan ketelitian wajar itu ke atas IWK bagi cadangan pelupusan oleh MOF Inc dan kepentingannya dalam syarikat berkenaan.

Ia berkata Prokhas dilantik oleh MOF Inc untuk mewakili MOF Inc sebagai perunding bagi cadangan tersebut.

Setakat berita ini ditulis, Ranhill masih belum membalas kenyataan MoF. - Bernama

Artikel Berkaitan: