Jakim pantau kes daging seludup

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Foto Bernama
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuat pemantauan berhubung pembekalan daging sejuk beku diseludup yang dijual di pasaran negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan itu bagi memastikan tiada pihak menyalahgunakan cop halal.

"Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan perkara tidak betul," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan surat watikah pelantikan 52 Pegawai Penyelidik Baharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Menurutnya, tujuan pengesahan halal untuk memastikan daging yang dijual benar-benar halal.

"Kita akan dapatkan perinciannya. Pemangku Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh akan beri laporan kepada saya kelak," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran Malaysia.

Perkara itu dilaporkan Sinar Harian dalam serbuan bersepadu agensi penguat kuasa di sebuah gudang di Senai, kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN Polis terima laporan kes kartel daging 'halal'

Modus operandi sindiket terbabit ialah mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Artikel Berkaitan:

Bagi memastikan kegiatan penyeludupan terbabit berjaya, mereka dipercayai menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai.

Stok daging yang diseludup diletakkan bersama dengan yang sah sebelum diedarkan ke seluruh negara.