Peniaga daging import kecewa

Muhammad Faiz menunjukan daging sejuk beku yang dijual di Misa Frozen, Seremban.
Muhammad Faiz menunjukan daging sejuk beku yang dijual di Misa Frozen, Seremban.
A
A
A

SEREMBAN- Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membungkus semula daging sejuk beku yang diseludup dengan logo halal ternyata memberi impak kepada pasaran daging import negara ini.

Peniaga daging import, Pengarah Misa Frozen, Muhammad Faiz Shamsudin berkata, dia kecewa dengan tindakan pihak tersebut yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

"Hal inilah (daging seludup dengan logo halal) yang kami hendak elakkan, di awal peniagaan lagi kami sudah membuat permohonan sijil halal dan kini kami merupakan pemegang sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) yang sah.

"Jadi semua bekalan daging import kita daripada pembekal yang sah, diiktiraf oleh Jakim, malah tidak timbul isu keraguan terhadap status daging import yang kami jual di sini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Muhammad Faiz
Muhammad Faiz

Katanya, orang ramai terutamanya peniaga perlu lebih berhati-hati ketika mendapatkan bekalan daging sejuk beku yang dimport.

"Hati-hatilah ketika membeli daging sejuk beku di pasaran, pastikan ada logo halal yang sah selain boleh terus ke website Jakim untuk sebarang maklumat lanjut, " katanya.

Artikel Berkaitan: