Sedia timbang tetap garis panduan program realiti agama di TV

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berucap pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan Kepada 52 Orang Pegawai Penyelidik Baharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berucap pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan Kepada 52 Orang Pegawai Penyelidik Baharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedia mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan garis panduan bagi program realiti berbentuk agama di televisyen.

Menterinya, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya mengambil kira pandangan umum terhadap isu-isu semasa yang melibatkan selebriti agama yang lahir daripada program itu.

"Kita akan buat satu pemahaman yang baik dan panduan bersyarat kepada program-program realiti sebegini," katanya pada sidang akhbr selepas merasmikan pelantikan 52 Pegawai Penyelidik Pejabat Mufti Wilayah di sini hari ini.

Menurutnya, individu yang memegang gelaran agama seperti pendakwah perlu menjaga keperibadian dalam setiap tingkah laku.

Pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perintah lanjutan reman Selasa lalu.
Pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perintah lanjutan reman Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jangka lebih ramai mangsa pendakwah selebriti tampil

Polis Selangor terima enam laporan berkaitan pendakwah selebriti

Pendakwah selebriti direman lagi kes salah laku seks

Artikel Berkaitan:

"Mereka mestilah sentiasa jaga dan nasihat-menasihati, kita sebagai pendakwah suka nasihat orang dan jarang orang nasihatkan kita, jadi untuk itu kita perlu sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri dari masa ke masa," katanya.

Beliau mengulas mengenai seorang selebriti agama yang terpalit dengan beberapa dakwaan kes rogol.

Terdahulu, sejak 27 November, selebriti agama yang lahir daripada program realiti itu direman sedang menjalani tempoh tahanan reman selama 10 hari berikutan terdapat beberapa laporan seksual termasuk rogol.

Lelaki berusia 25 tahun itu berdepan dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).

Terdahulu warga maya menggesa pihak terbabit tidak menggunakan gelaran pendakwah sewenang-wenangnya agar golongan itu tidak dipandang serong oleh orang awam terutamanya bukan Islam.