136,055 pelarian Filipina dikenal pasti di Sabah

Mohd Redzuan.- Foto Bernama
Mohd Redzuan.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 136,055 pelarian Filipina di Sabah telah dikenal pasti melalui milikan dokumen IMM13, Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan Sijil Burung-Burung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerajaan tidak pernah menghalang malah menggalakkan supaya pemegang dokumen IMM13 sedia ada untuk kembali ke negara asal mereka.

“Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak kedutaan Republik Filipina dengan membenarkan pasukan bergerak kedutaan untuk beroperasi di Sabah.

“Pasukan bergerak membolehkan pihak kedutaan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyediaan pasport serta lain-lain urusan yang berkaitan untuk warganegara mereka termasuk pelarian Filipina di Sabah,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dipaparkan di laman rasmi Parlimen.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar kerajaan untuk menangani kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang telah berada di negeri itu sejak tahun 1970-an. - Bernama

Artikel Berkaitan: