2,625 kes penceraian sepanjang PKP

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 2,625 kes penceraian direkodkan di negeri ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac hingga Oktober tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, Johor Bahru mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 984 kes.

"Bagi laporan aduan berhubung masalah rumah tangga pula, sebanyak 1,768 diterima Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sepanjang Mac hingga Oktober lalu.

"Berdasarkan rekod antara khidmat nasihat yang diberikan sepanjang tempoh itu pula ialah 415 kes tidak bertanggungjawab dan 234 kes lagi berkaitan pengabaian nafkah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Aminolhuda Hassan (Pakatan Harapan-Parit Yaani) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, pasangan yang mempunyai masalah akan menjalani sesi kaunseling dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga serta pejabat Kadi daerah

"Pejabat Kadi juga akan memanggil keluarga terlibat bagi menyelesaikan masalah berbangkit melibatkan pasangan.

"Selain itu, lazimnya pada peringkat akhir kedua-dua pasangan akan ditemukan untuk majlis kaunseling yang diuruskan Mahkamah Syariah dan pejabat kadi daerah," katanya.

Artikel Berkaitan: