Saringan bersasar kesan lapan individu positif Covid-19

Petugas kesihatan mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas penduduk yang hadir ketika tinjauan di Dewan Orang Ramai Meru 3 Klang semalam. - Foto Bernama
Petugas kesihatan mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas penduduk yang hadir ketika tinjauan di Dewan Orang Ramai Meru 3 Klang semalam. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Seramai lapan individu dikesan positif Covid-19 menerusi saringan komuniti bersasar yang dilakukan di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, Klang semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 541 orang telah disaring dan 532 daripadanya disahkan negatif.

"Alhamdulillah, saringan komuniti bersasar yang dijalankan semalam di kawasan sekitar PKPD Meru telah pun selesai.

"Seramai 541 orang telah disaring, 532 orang disahkan negatif manakala lapan kes yang positif dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini.

Beliau berkata, 69 peratus yang hadir semalam telah melakukan prapendaftaran kendiri menerusi SELangkah.

"Ternyata digitalisasi memudahkan urusan-urusan penjejakan kontak dalam mengekang penularan wabak ini," katanya.

Semalam, lebih 500 penduduk sekitar Meru menjalani saringan Covid-19 percuma komuniti bersasar di pekarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini.

Penduduk berkenaan membabitkan Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 400 penduduk Meru jalani saringan Covid-19 percuma