X

Kindly register in order to view this article
!

Cadangan potongan gaji MB dan Exco disokong

Mohd Izhar Ahmad
A
A

ISKANDAR PUTERI- Kerajaan negeri disyorkan melaksanakan cadangan pemotongan gaji Menteri Besar Johor dan semua Exco untuk disumbangkan ke dalam Tabung Khas Covid- 19.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, cadangan itu sebagai keprihatinan dan pengorbanan pemimpin negeri ini bagi meringankan beban rakyat ketika berdepan Covid- 19.

"Saya menyambut baik saranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, ADUN Kempas Datuk Osman Sapian, ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim berhubung pemotongan gaji ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Izhar berharap kerajaan negeri dapat memberikan insentif bantuan tunai sebanyak RM200 untuk petugas barisan hadapan dalam Belanjawan Johor 2021 kepada pengamal media negeri ini.

Katanya, langkah itu wajar diambil kerana media juga antara individu yang terkesan akibat Covid-19.

"Dengan gaji pokok yang rendah, majoriti daripada mereka bergantung kepada pendapatan tambahan yang diperoleh menerusi bayaran elaun bahan berita yang telah disediakan dan disiarkan.

"Selain itu, mereka turut berhadapan risiko jangkitan kerana terpaksa turun ke lapangan dalam usaha menggali informasi untuk dikongsi kepada masyarakat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!