Cuti Tahun Baru Cina: Perantau perlu pentingkan keselamatan

No Image Caption
A
A
A
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri harap perantau yang pulang menyambut Tahun Baru Cina dengan keluarga dapat mementingkan keselamatan terutamanya sewaktu memandu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, arahan dan peraturan yang telah ditetapkan sewaktu di jalan raya perlu dipatuhi dengan baik supaya perjalanan ke kampung adalah sebagaimana yang dirancang.

"Apabila mereka semua selamat sampai, maka impian untuk pulang beraya bersama keluarga dapat direalisasikan termasuklah amalan kunjung-mengunjungi sanak saudara terdekat dan sebagainya.

"Keluarga merupakan anugerah terindah kepada kita dan sudah tentunya ketibaan anak-anak muda dan perantau ini dinanti-nantikan mereka semua," katanya melalui perutusan Tahun Baru Cina tahun ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga merakamkan perasaan syukur dan gembira kerana rakyat Kelantan terutamanya masyarakat Tionghua ini hidup aman damai, makmur bersama bangsa-bangsa lain.

Beliau berkata, kerajaan juga mengharapkan suasana harmoni dan aman damai ini diteruskan dan dikekalkan untuk generasi akan datang.

"Kerajaan sentiasa melindungi dan beri perhatian yang sebaik mungkin kepada semua rakyat, tanpa mengira pangkat, kedudukan, agama, bangsa dan warna kulit," katanya.

Artikel Berkaitan: