Polis jangka lebih ramai mangsa pendakwah selebriti tampil

Noor Azam
Noor Azam
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menjangkakan lebih ramai mangsa tampil untuk membuat laporan terhadap pendakwah selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kebanyakan mangsa terlibat sebelum ini mengambil masa untuk membuat laporan berkenaan berkemungkinan disebabkan malu dengan kejadian menimpa mereka.

Beliau berkata, bagaimanapun, beberapa mangsa telah tampil selepas suspek itu ditahan reman berhubung siasatan kes tersebut.

"Kita tak boleh salahkan mereka (mangsa) kerana perkara ini adalah melibatkan maruah.

"Jadi, saya seru semua mangsa tampil bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung kes ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Inix Technologies Holdings Bhd kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Penceramah bebas direman 5 hari siasatan kes rogol

Kes rogol pendakwah selebriti: Polis gesa mangsa lain tampil

Polis terima satu lagi laporan kes cabul babit pendakwah selebriti

Polis Selangor terima enam laporan berkaitan pendakwah selebriti

Sebelum ini, polis menerima enam laporan ke atas pendakwah selebriti itu iaitu lima di Shah Alam dan satu di daerah Petaling.

Pada Selasa lalu, perintah reman terhadap suspek berkenaan dilanjutkan lima hari sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) iaitu rogol, 354KK (cabul), 377KK (seks luar tabii) dan 323 KK (mencederakan).

Dalam pada itu, Noor Azam berkata, kebanyakan mangsa terlibat dipercayai terpengaruh dengan cara pujukan pendakwah selebriti berkenaan yang begitu meyakinkan.

Artikel Berkaitan:

"Dakwaan ilmu pengasih (diamalkan oleh suspek) ini saya tak tahu lah, tapi kadang-kadang kalau kita lihat, warga Afrika juga dapat memperdaya gadis tempatan yang muda, cantik dan takkan dia (warga Afrika) pun guna ilmu pengasih.

"Mangsa sebelum ini mungkin mendapatkan nasihat daripada suspek dan ini jadi faktor mereka terjerat dalam helah berkenaan," katanya.

Tambah Noor Azam, pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan maklumat kes berkenaan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.