X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah RM45,000 minta lepaskan rakan-rakan ditahan di kelab malam

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah reman.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan direman lima hari sehingga Isnin depan kerana disyaki memberi rasuah RM45,000 kepada seorang pegawai polis supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakan-rakannya yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Ulu Tiram, malam tadi.

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Hidayah Abdul Manaf di Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan itu, pagi ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan SPRM, suspek berusia 47 tahun itu memberi rasuah sebanyak RM45,000 kepada seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan untuk melepaskan rakannya-rakannya supaya tidak mengambil tindakan ujian saringan awal air kencing.

Kesalahan itu dilakukan sewaktu operasi polis di sebuah kelab malam di Ulu Tiram pada jam 10.30 malam tadi.

Selain itu, ahli perniagaan berkenaan dikatakan turut meminta rakan-rakannya itu tidak dikenakan tindakan selepas didapati bersalah di bawah Perkara 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!