15 lagi suspek kes tembak anggota PGA direman

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian tembakan di sempadan baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian tembakan di sempadan baru-baru ini.
A
A
A

KANGAR - Seramai 15 lagi lelaki warga tempatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand minggu lalu.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 9 November itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangarm Siti Nor Hasliza Md Ali di sini hari ini.

Terdahulu, 14 daripada suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an tiba di mahkamah pada jam 10.05 pagi dalam keadaan bergari, manakala seorang lagi sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Kes tembak di sempadan: Polis tahan dua penyeludup

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

Perintah reman terbaharu itu menjadikan seramai 37 suspek telah ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes menurut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta cubaan membunuh.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian awal pagi 24 November lepas, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempadan

Sindiket penyeludupan di sempadan guna sistem barter