X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang haram punca air berbau pandan

Ayub Jamil
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebuah kilang kitar semula haram di Jalan Kulai- Kota dikenal pasti menjadi punca pencemaran dan bau pandan Sungai Johor baru- baru ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil berkata Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sudah mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik premis di bawah Seksyen 108 Akta Kerajaan Tempatan supaya menghentikan operasi serta-merta.

Katanya, bahagian penguatkuasaan mengeluarkan notis itu pada 4 Ogos selepas Badan Kawalan Selia Air Johor (Bakaj) mendapati bau yang tidak normal di dalam air terawat (logi) pada 19 Julai lalu.

"Kompaun dikeluarkan pada 18 Ogos lalu di bawah Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 171 kepada pemilik kilang diatas kesalahan gagal mematuhi notis peringatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang haram didakwa punca air berbau pandan

Air mentah di Sungai Johor berbau pandan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Jimmy Puah Wee Tse (PH- Bukit Batu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Ayub berkata pada 9 September operasi bersepadu bersama bahagian teknikal dalaman MPKu melibatkan bahagian perlesenan, pembangunan, bandar dan desa, unit undang-undang serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam (SWcorp) dan Badan Kawalan Selia Air Johor (BAKAJ) telah dijalankan ke atas kilang tersebut.

Katanya, siasatan oleh bahagian pelesenan mendapati premis kilang tidak mempunyai lesen.

"Bahagian pembangunan telah mengeluarkan 1 notis di bawah Seksyen 70(1) dan Seksyen 72(1)(b) Akta Jalan Parit dan Bangunan supaya pemilik premis meruntuhkan bangunan tersebut dalam tempoh 14 hari.

"Bahagian Perancang Bandar dan Desa telah mengeluarkan 1 notis di bawah Akta Perancang Bandar & Desa 1976 ( Akta 172 ) Seksyen 19 di atas kesalahan menjalankan pemajuan tanpa kebenaran MPKu," katanya.

Menurut Ayub, pemantauan berkala yang dijalankan pada bulan lepas mendapati kilang berkenaan tidak beroperasi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!