Johor hantar 300 bakul makanan ke Singapura

Hasni (kiri) menunjukkan bakul makanan yang dihantar kerajaan negeri Johor ke Singapura hari ini.
Hasni (kiri) menunjukkan bakul makanan yang dihantar kerajaan negeri Johor ke Singapura hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor hari ini menghantar 300 bakul makanan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura selepas penutupan sempadan negara akibat pandemik Covid- 19.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, bakul makanan itu akan diagihkan secara berfasa melibatkan keseluruhan 1,000 bakul makanan.

Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan penghantaran bakul makanan mengandungi makanan, set kebersihan diri dan selimut ke Singapura kepada rakyat Malaysia sehingga sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura kelak.

"Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan supaya program berjalan lancar selain

kerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura," katanya pada sidang akhbar di perkarangan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melepaskan lori Misi Penyerahan dan Pengagihan Bakul Makanan ke Singapura.

Hasni ( tengah) melancarkan misi penghantaran bakul makanan ke Singapura bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di sana.
Hasni ( tengah) melancarkan misi penghantaran bakul makanan ke Singapura bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk A. Rahim Nin.

Artikel Berkaitan:

Menurut Hasni, pelbagai pihak tampil merealisasikan misi bantuan bakul makanan itu termasuk Wisma Putra, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia dan Johor Corporation (JCorp).

Katanya, turut terlibat menjayakan program berkenaan ialah Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, Southern Volunteers dan Heavy Machine Motor Club (HMMC) Johor Bahru.

Terdahulu, Hasni ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 mengumumkan bantuan bakul makanan kepada rakyat Malaysia akan disalurkan bagi membantu pekerja Malaysia di Singapura.