2020 antara tiga tahun terpanas dunia

Menurut laporan WMO mengenai keadaan Iklim Global pada 2020, haba laut berada pada tahap tinggi dan lebih 80 peratus lautan global adakalanya mengalami gelombang haba laut pada 2020. Foto 123RF
Menurut laporan WMO mengenai keadaan Iklim Global pada 2020, haba laut berada pada tahap tinggi dan lebih 80 peratus lautan global adakalanya mengalami gelombang haba laut pada 2020. Foto 123RF
A
A
A

GENEVA - Tahun 2020 tercatat sebagai satu daripada tiga tahun terpanas dan 2011 hingga 2020 menjadi dekad paling hangat dengan enam tahun terpanas sejak 2015, kata Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada Rabu.

Menurut laporan WMO mengenai keadaan Iklim Global pada 2020, haba laut berada pada tahap tinggi dan lebih 80 peratus lautan global adakalanya mengalami gelombang haba laut pada 2020.

Suhu purata (min) global Januari hingga Oktober 2020 adalah sekitar 1.2 darjah Celsius di atas garis dasar 1850-1900, menjadikan 2020 mungkin satu daripada tiga tahun terhangat di dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Seperti gelombang panas di darat, panas melampau boleh mempengaruhi lapisan permukaan laut yang mungkin mengakibatkan beberapa peristiwa, termasuk kejadian berimpak tinggi seperti banjir, kemarau dan kebakaran dan taufan tropika dan ribut.

Kira-kira 10 juta perpindahan dicatatkan pada separuh pertama 2020, sebahagian besarnya disebabkan bahaya dan bencana hidro-meteorologi, kebanyakannya tertumpu di Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Afrika.

Walaupun dengan sekatan pergerakan Covid-19, kepekatan atmosfera gas rumah hijau terus meningkat, menjadikan pemanasan planet ini lebih lama sehingga generasi akan datang kerana karbon dioksida (CO2) yang lama di atmosfera, kata laporan itu.

Covid-19 juga menambahkan lapisan risiko lain untuk operasi pemindahan, pemulihan dan bantuan yang berkaitan dengan kejadian berimpak tinggi. - Bernama

Artikel Berkaitan: