X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka kukuh, didorong harga minyak lebih baik

Ringgit terus meningkat untuk dibuka kukuh sedikit berbanding dolar AS pagi ini di celah-celah harga minyak mentah yang lebih baik. Foto 123RF
A
A

RINGGIT terus meningkat untuk dibuka kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di celah-celah harga minyak mentah yang lebih baik.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0710/0760 berbanding dolar AS daripada 4.0750/0780 ketika ditutup semalam.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$48.25 setong, meningkat 1.75 peratus daripada sesi dagangan sebelumnya.

Mengulas mengenai prestasi ringgit, Ketua Strategi Pemasaran Global Axi Stephen Innes berkata terdapat sedikit perubahan dalam urus niaga ringgit sejak mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum serta sekutunya (OPEC+) mengumumkan penangguhan pada Ahad, memandangkan unit tempatan terus terikat dengan pergerakan pasaran minyak sawit mentah.

Pada Selasa, dilaporkan OPEC+, yang merangkumi Rusia dan negara pengeluar minyak lain, telah menangguhkan perbincangan mengenai dasar pengeluaran minyak mentah bagi 2021 ke 3 Disember kerana peserta utama masih lagi belum bersetuju mengenai jumlah minyak yang perlu dihasilkan di celah-celah permintaan lemah berikutan pandemik Covid-19.

Pada paras pembukaan, ringgit menunjukkan sedikit perubahan berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0399/0447 daripada 3.0395/0428 ketika ditutup pada Rabu, rendah sedikit berbanding yen pada 3.8953/9012 daripada 3.8921/8953 sementara berbanding pound, ringgit agak tinggi pada 5.4372/4443 daripada 5.4377/4421 semalam.

Berbanding euro, ringgit lemah kepada 4.9271/9348 daripada 4.9271/9348 ketika ditutup pada Rabu petang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!