X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

SPRM, LHDN periksa gudang daging sejuk beku

Pasukan operasi sedang menjalankan pemeriksaan lanjut di dalam bilik simpanan daging sejuk sejuk beku di sebuah gudang di Senai, Johor.
A
A

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hadir melakukan pemeriksaan di sebuah gudang pembekal daging sejuk beku di Senai di sini semalam.

Agensi terbabit masing-masing terdiri daripada tiga orang yang tiba kira-kira jam 11 pagi.

Difahamkan, pasukan LHDN tiba dengan memeriksa dokumen berkaitan syarikat terbabit dan mengambil masa lebih satu jam manakala SPRM tiba dengan melakukan pemantauan penugasan penguat kuasa lain.

Semalam Sinar Harian melaporkan pihak berkuasa terdiri Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Johor, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu gudang terbabit pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Operasi terbabit berjaya merampas 1,500 tan pelbagai jenis daging sejuk beku antaranya lembu, kerbau, itik, ayam selain organ dalaman seperti paru, perut serta ekor dianggarkan bernilai RM30 juta.

Siasatan awal pihaknya mendapati modus operandi gudang terbabit adalah dengan mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Bagi memastikan kegiatan penyeludupan terbabit berjaya, sindiket dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuklah borang kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

Selain itu, bagi mengaburi mata pihak berkuasa, pada masa sama, sindiket turut mengimport daging dari sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Awas, aktiviti seludup masuk daging lembu tidak halal

Maqis tubuh pasukan khas siasat penyeludupan daging sejuk beku


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!