Netizen minta media ‘gugurkan’ gelaran pendakwah

No Image Caption
A
A
A

MEDIA Malaysia sering melaporkan kisah peribadi selebriti membabitkan kes penceraian, jenayah seperti bunuh, dadah mahupun salah saku seks.

Terbaharu, laporan tentang perintah reman ke atas seorang pendakwah selebriti dilanjutkan selama lima hari selepas polis menerima enam laporan berkaitan salah laku seks disyaki dilakukan lelaki berkenaan.

Pemuda yang berusia 25 tahun itu direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.

Kali ini Merak Jalanan terpanggil menulis tentang permintaan netizen agar pihak media menggugurkan perkataan pendakwah pada laporan berita kerana merasakan si pelaku sebenarnya yang patut dipersalahkan dan bukannya jawatan yang disandang.

Sudah lama Merak Jalanan perhatikan netizen di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja cekap mencari siapa si anu, si anu tu, tetapi komuniti mereka juga bersatu

Ada ketika, netizen memudahkan tugas wartawan apabila ramai yang semakin celik dengan etika pemberitaan.

Mereka akan memberi pencerahan kepada ahli-ahli mereka mengapa ada sesetengah laporan berita yang media tidak dapat mendedahkan identiti.

Menurut Mohd Hafiz Ayob: “Buang sahajalah tulisan pendakwah tu. Wartawan pun, terpalit semua pendakwah.”

Artikel Berkaitan:

Pak Teh Pak Long pula memberi komen: “Bubuh nama sudahlah, tak payah nak guna ayat-ayat pendakwah bagai nampak sangat saja nak bagi busuk nama pendakwah. Bukan semua pendakwah berperangai sedemikian. Jangan kerana nila setitik rosak susu satu kontena.”

Mungkin ada benarnya permintaan netizen ni. Walau apapun, sesiapa yang memegang gelaran dan menjadi public figure, haruslah amanah dan menjaga nama baik.