X

Kindly register in order to view this article
!

Keazaman, semangat juang pacu kejayaan Inter Milan

Lukaku (kiri) melakukan percubaan ke gawang Monchengladbach awal pagi tadi.
A
A

PENGENDALI Inter Milan, Antonio Conte kagum dengan keazaman dan semangat juang dipamerkan kesebelasan pemainnya ketika menewaskan Borussia Monchengladbach 3-2 dalam saingan Liga Juara-Juara di Borussia Park awal pagi tadi.

Menurut Conte, kemenangan berkenaan sekali gus menghidupkan semula peluang skuad kendaliannya itu untuk mara ke pusingan kalah mati walaupun berada pada kedudukan tercorot kumpulan B dengan lima mata hasil satu kemenangan, seri dua kali dan tewas dua kali daripada lima perlawanan.

Katanya, kemenangan berkenaan turut menyekat hasrat Monchengladbach untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati lebih awal selaku pendahulu kumpulan dengan lapan mata hasil dua kemenangan, seri dua kali dan tewas sekali daripada lima perlawanan.

“Kesemua pemain telah menunjukkan keazaman serta semangat juang tinggi pada perlawanan ini bagi melakar kemenangan pertama kita sejak empat perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

“Lagi pun, selaku pendahulu kumpulan, Gladbach sebenarnya berada dalam prestasi yang baik, samada dalam saingan Bundesliga mahu pun dalam saingan Liga Juara-Juara ketika ini,” katanya.

“Kredit kepada semua pemain untuk aksi yang penuh bersemangat,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Inter Milan membuka jaringan menerusi Matteo Darmian pada minit ke-17, namun Alssane Plea menjaringkan gol penyamaan Monchengladbach pada masa kecederaan babak pertama.

Pada babak kedua, pemain Belgium Romelu Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-64 dan 73.

Plea kemudiannya menjaringkan gol kedua Monchengladbach pada minit ke-75, tetapi segalanya sudah terlambat untuk menyekat kemenangan Inter Milan.

Sementara itu, Conte menyifatkan skukad kendaliannya memang layak untuk memenangi perlawanan berkenaan berdasarkan kepada aksi yang dipamerkan kesebelasan pemain.

Malah katanya, kemenangan berkenaan lebih manis kerana mereka telah menewaskan pendahulu kumpulan dan sekali gus menghidupkan semula peluang mereka untuk layak ke saingan kalah mati.

“Jika anda bukan sebuah pasukan daripada segi taktikal, fizikal mahu pun karekter, anda tidak datang ke sini untuk menang.

“Oleh itu, kami membang berhak memenangi perlawanan ini berdasarkan kepada aksi bersemangat daripada kesebelasan pemain setelah saya meminta mereka beraksi dengan penuh rasa tanggungjawab kepada pasukan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!