Staf Lebuhraya DUKE positif Covid-19, Plaza Tol Ayer Panas ditutup

Lebuhraya DUKE
Lebuhraya DUKE
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemegang konsesi bagi Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE), Konsortium Lebuhraya Utara - Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi) mengesahkan seorang kakitangannya di Plaza Tol Ayer Panas didapati positif jangkitan Covid-19 semalam.

Dalam satu kenyataan, Kesturi berkata, kakitangan yang juga jurutol plaza tol tersebut kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Pihak Lebuhraya DUKE juga menjalankan proses pengesanan kontak rapat kepada kakitangan tersebut dan semua kakitangan yang lain diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Lorong pelbagai kelas (Multiclass) dan bangunan plaza tol berkenaan akan ditutup sementara waktu bagi proses kerja sanitasi dan pembersihan pada 2 Disember mulai jam 12 tengah malam ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pengguna lebuh raya dari arah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Sentul dan Gombak yang ingin menuju ke arah Ampang, Setiawangsa dan Wangsa Maju dinasihatkan untuk memastikan bahawa baki kad Touch N Go & E-Wallet adalah mencukupi kerana lorong pelbagai kelas tersebut akan ditutup secara berperingkat untuk proses sanitasi.

"Pihak Lebuhraya DUKE akan memaklumkan sebarang maklumat dari masa ke masa. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pengguna lebuh raya boleh menghubungi talian 03- 4024 6093 atau emel kepada pr@duke.com.my," katanya.

Artikel Berkaitan: