X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin Covid-19: Malaysia ambil pendekatan tunggu dan lihat

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung keberkesanan serta kesan sampingan vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech.

Ia berikutan keputusan United Kingdom (UK) untuk menggunakan vaksin tersebut sebagai langkah darurat tanpa pendaftaran Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) negara itu mulai minggu hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tunggu dan lihat itu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna.

"Sekarang ini masih di peringkat awal, masing-masing hanya perlu memerhatikan kesan sampingan yang menjadi kebimbangan banyak negara," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat Malaysia: PM

6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas mengenai langkah kerajaan UK secara rasmi telah mengarahkan MHRA supaya menilai vaksin tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, sekiranya dalam tempoh tiga bulan pertama penggunaan vaksin di UK itu mendatangkan hasil memberangsangkan, ia akan menggalakkan lebih keyakinan.

"Apapun kita tunggu juga kajian klinikal fasa tiga yang masih belum kita lihat dan dikaji sepenuhnya. Kita perlukan data-data sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.

Beliau berkata, Malaysia tidak ada pengecualian pendaftaran vaksin secara darurat dan ia perlu melalui proses sebagaimana yang telah ditentukan dalam akta.

"Negara tersebut berkemungkinan menggunakan klausa berkenaan bagi membolehkan penggunaan vaksin," katanya.

Dijangkakan 40 juta vaksin Pfizer akan mula digunakan UK mulai minggu depan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!