Anak bekas ADUN Pasir Panjang maut kemalangan

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON - Anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Sainy Idris maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Baru Si Rusa berhampiran Kem Sunggala di sini hari ini.

Noorfirhad, 29, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah Batu 4 Port Dickson dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa terperosok di bawah kenderaan berkenaan yang kemudian terbabas melanggar sebatang pokok pinang.

Saksi kejadian, Muzri Abdul Wahab, 40, berkata, ketika kejadian dia memandu di belakang Toyota Fortuner berkenaan sebelum kenderaan itu merempuh motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

No Image Caption

"Toyota Fortuner itu memandu dalam keadaan perlahan, tapi bila melalui keadaan jalan yang agak selekoh ia tetap dipandu dalam keadaan lurus, lalu merempuh motosikal mangsa.

"Saya menggigil bila melihat penunggang motosikal sudah terperosok di bawah Toyota Furtuner. Saya berhentikan kereta dan menghubungi isteri yang bekerja di Klinik Kesihatan Port Dickson," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, dia kemudian membantu pemandu Toyota Fortuner iaitu wanita dan suaminya berusia lingkungan 60-an untuk keluar dari kenderaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kedua-dua mereka tidak cedera, namun pemandu wanita kelihatan seperti trauma. Wanita itu beritahu dia baru pulang dari hospital membawa suaminya membuat dialisis.

"Suaminya pula berkerusi roda. Kejadian itu betul-betul mengejutkan kerana berlaku di depan mata saya," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed mengesahkan kemalangan berlaku dan akan memberikan maklumat lanjut.