Sungai Golok lepasi paras bahaya

Paras air Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 17.72 meter iaitu 23.81 meter berbanding paras normal sebelum ini.
Paras air Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 17.72 meter iaitu 23.81 meter berbanding paras normal sebelum ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Paras air Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 17.72 meter iaitu 23.81 meter berbanding paras normal sebelum ini.

Menurut portal e-Banjir sehingga jam 6 petang semalam Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras berjaga-jaga 8.00 iaitu 8.28 meter.

Katanya, sungai Lebir di Kuala Koh mencatatkan bacaan 62.67 meter melebihi paras normal 62.00 dan Sungai Galas di Limau Kasturi pula melebihi paras normal 53.20 meter iaitu 53.00.

"Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan bacaan 22.21 meter iaitu di bawah paras normal 23.00, manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai pula 19.00 meter menghampiri paras jaga-jaga 20.00.

"Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan bacaan 9.99 meter iaitu berada di bawah paras normal 10.00 dan Sungai Golok di Jenob pula ialah 19.73 meter juga melepasi paras normal 19.00," katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Portal berkenaan menyatakan bahawa Sungai Kelantan di Jeti Kastam juga melebihi paras normal 1.00 iaitu 1.02 dan Sungai Kelantan di Air Mulih mencatatkan bacaan 4.92 meter melebihi paras normal 4.00.

"Sungai Semerak di Pasir Puteh pula mencatatkan bacaan 0.44 melepasi paras normal 0.40 dan Sungai Golok di Kuala Jambu ialah 1.90 menghampiri paras jaga-jaga 2.00.

"Sehingga jam 6 petang ini, hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Rantau Panjang yang menempatkan18 orang mangsa daripada tiga keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk terus peka dengan situasi semasa dan memaklumkan kepada agensi yang terlibat untuk sebarang bantuan," katanya.