X

Kindly register in order to view this article
!

Guru takmir positif Covid-19, Masjid Al-Istiqomah ditutup

Pihak bomba melakukan kerja-kerja sanitasi melibatkan beberapa buah masjid dan surau di Muar, hari ini selepas seorang guru takmir disahkan positif Covid-19.
A
A

MUAR - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengarahkan Masjid Al-Istiqomah, Parit Mislam di Sri Menanti di sini ditutup kepada jemaah selepas seorang guru takmir yang hadir disahkan positif Covid-19.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, masjid itu hanya dibuka kepada empat pegawai masjid bagi tujuan mendirikan solat fardu manakala pelaksanaan solat Jumaat hanya dibenarkan 12 orang termasuk pegawai masjid.

"Masjid berkenaan ditutup sehinggalah satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, selain masjid itu, 55 buah masjid dan surah di kawasan Tongkang Pecah, Batu Pahat turut ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 29 November lalu hingga 13 Disember ini.

Yahya berharap semua jemaah di kawasan terlibat akan mematuhi larangan tersebut kecuali pegawai masjid yang dibenarkan sahaja.

Pihak bomba melakukan kerja-kerja sanitasi melibatkan beberapa buah masjid dan surau di Muar, hari ini selepas seorang guru takmir disahkan positif Covid-19.
Pihak bomba melakukan kerja-kerja sanitasi melibatkan beberapa buah masjid dan surau di Muar, hari ini selepas seorang guru takmir disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Kadi Daerah Muar, Mohamad Khalil Md Noor dimaklumkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muar berkenaan perkara tersebut pada 30 November lalu dan pihaknya meneliti jadual kehadiran guru takmir berkenaan.

"Laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan, ustaz ini hadir ke tiga masjid dan dua surau di Muar bagi menyampaikan kuliah Maghrib.

"Pejabat Kadi turut meneliti beberapa lokasi lain melibatkan kehadiran ustaz ini yang menyampaikan ceramah berdasarkan tuntutan elaun mengajar takmir," katanya.

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama-sama pihak kesihatan di daerah itu semua masjid dan surau terlibat menjalani proses sanitasi semalam sebelum dijangka dibuka semula hari ini.

"Bagaimanapun, Masjid Al-Istiqomah, Parit Mislam di Sri Menanti kekal tutup sehingga tarikh diberitahu kelak," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!