Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

Noor Hisham - Foto fail Bernama
Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima lagi kluster baharu Covid-19 yang melibatkan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama iaitu Kluster Desa Pinang yang melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur, selain Gombak di Selangor.

Kes indeks kluster itu iaitu kes ke-62,596 dilaporkan positif Covid-19 pada 28 November lalu hasil saringan individu bergejala.

"Sehingga hari ini, seramai 120 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Covid-19, di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster kedua iaitu Kluster Impian pula telah dikesan di Gombak, dengn kes indeks (kes ke-63,700) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 November lepas hasil saringan individu bergejala. - Bernama
Artikel Berkaitan:


AKAN MENYUSUL