Kes positif Covid-19 catat penurunan, kembali ke tiga angka

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan sedikit penurunan hari ini apabila 851 kes baharu dilaporkan, selepas lima hari mencatatkan kes baharu empat angka sejak 27 November.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, empat merupakan kes import manakala 847 kes adalah penularan Covid-19 dalam negara, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 10,686 kes.

“Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah 68,020 kes,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 658 kes sembuh Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 56,969 kes (83.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 334 kes (39.2 peratus) daripada jumlah keseluruhan. - Bernama

Dr Noor Hisham berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 249 kes positif sementara Kuala Lumpur 85 kes, diikuti Sabah 229 kes (26.9 peratus) dan Johor 102 kes (12.0 peratus).

Beliau berkata 17 kes positif Covid-19 hari ini mempunyai kaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan kluster Tembok (14 kes), Matambai (dua kes) dan PTS Sibuga (satu kes).

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, 122 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Dua kes kematian Covid-19 dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia 365 kes (0.54 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Kematian berkenaan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 84 tahun, yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan seorang lelaki bukan warganegara berusia 63 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan asma. - Bernama