Covid-19: Penduduk Meru dinasihatkan supaya tidak panik

Saringan dijalankan oleh petugas terlibat di Dewan Masyarakat Taman Meru, Klang hari ini.
Saringan dijalankan oleh petugas terlibat di Dewan Masyarakat Taman Meru, Klang hari ini.
A
A
A

KLANG - Penduduk sekitar Meru di sini dinasihatkan tidak panik atau bimbang dengan kes Covid-19 yang dijangka akan bertambah di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, pertambahan kes mungkin akan berlaku kerana saringan secara bersasar masih dilakukan membabitkan kakitangan syarikat Top Glove.

"Saya jangkakan apabila kita buat saringan, mungkin akan ada pertambahan kes. Apa yang penting penduduk perlu sentiasa menjaga prosedur operasi standard(SOP) ditetapkan," katanya ketika melawat lokasi saringan komuniti bersasar di Dewan Masyarakat Taman Meru 3 di sini hari ini.

Penduduk beratur sebelum masuk Dewan Masyarakat Taman Meru di Klang untuk melakukan saringan Covid-19 hari ini.
Penduduk beratur sebelum masuk Dewan Masyarakat Taman Meru di Klang untuk melakukan saringan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, saringan komuniti bersasar itu dijalankan adalah sebagai usaha membantu warga Meru untuk bersama memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Terdahulu, saringan Covid-19 secara bersasar terhadap komuniti sekitar Meru bermula pagi ini di dewan berkenaan.

Saringan melibatkan penduduk dari Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai.

Artikel Berkaitan: