X

Kindly register in order to view this article
!

RUU peringkat jawatankuasa tiga kementerian diluluskan

Persidangan Dewan Rakyat. Gambar fail.
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) di peringkat jawatankuasa kementerian diluluskan pada hari ini oleh Dewan Rakyat.

Pada sebelah pagi selepas Sesi Pertanyaan Lisan berakhir, RUU peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, diikuti dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dibahaskan sebelum diluluskan dengan suara majoriti.

Antara ahli Parlimen yang turut serta pada perbahasan tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Yeo Bee Yin (PH-Bakri).

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dibuat oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, penggulungan dibuat oleh menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Peruntukan bagi kementerian tersebut pada 6 November lalu ketika Belanjawan 2021 dibentangkan ialah sebanyak RM10.19 bilion.

Sementara itu penggulungan bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dibuat oleh menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mengumumkan perkara itu berkata, ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

ARTIKEL BERKAITAN: RUU peringkat jawatankuasa bagi lima kementerian diluluskan

Usul Belanjawan 2021 diluluskan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!