Semoga jawapan Najib senangkan semua pihak - Pas

Dr Mahfodz
Dr Mahfodz
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pas lega dengan pengesahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak pernah membayar RM90 juta kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau parti Islam itu seperti didakwa.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pengakuan Najib itu benar malah kenyataan tersebut menyenangkan semua pihak.

“Pengakuan Najib bahawa beliau tidak bayar RM90 juta kepada Presiden Pas dan parti memang betul.

"Jika benar Najib salur RM90 juta kepada Presiden Pas atau parti Pas sudah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan panggil Abdul Hadi atau akaun Pas dibekukan, namun perkara itu tidak berlaku.

“Ternyata pengakuan dan jawapan Najib menyenangkan semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, jawapan Najib tidak mampu menutup mulut musuh Pas terutamanya Amanah.

“Kalau semua orang terus nak tuduh Pas lagi terpulanglah, terutamanya Amanah. Suka hati mereka lah.

“Tak payah bising, pergi lapor kepada SPRM,” ujar Mahfodz.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, tindakan Abdul Hadi menarik balik saman dan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah telah mencapai keputusan menang-menang.

“Sebenarnya, keputusan menang-menang dicapai antara Abdul Hadi dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

“Untuk jawapan lanjut, boleh tanya peguam.

Sebelum ini, Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report di luar mahkamah di London, United Kingdom.

Semalam, Najib berkata hari ini beliau tidak pernah membayar RM90 juta kepada Pas atau Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Beliau menjelaskan memandangkan PH sedang berkuasa, katanya cukup mudah untuk memeriksa akaun bank jika wang mengalir masuk ke dalam akaun pemimpin Pas.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib akui tak pernah bayar RM90j kepada Abdul Hadi