Sukarelawan bantu cari Loqman

Antara sukarelawan yang terlibat dalam SAR bagi mencari seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang Jumaat lalu.
Antara sukarelawan yang terlibat dalam SAR bagi mencari seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang Jumaat lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam Sungai Pahang Jumaat lalu turut dibantu sukarelawan dari Kampung Kuala Kujan di Pangsenam.

Sehingga jam 1 tengah hari mangsa, Loqman Hamka, 20, masih belum ditemui dalam operasi yang memasuki hari keenam hari ini.

Lebih 15 sukarelawan yang terdiri daripada penduduk kampung menyertai SAR itu menggunakan kemahiran dan bot masing-masing.

Salah seorang sukarelawan, Khairul Anuar Mohamed, 43, berkata, mereka turun padang untuk membantu pihak berkuasa dalam pencarian mangsa kerana atas dasar tanggungjawab selain prihatin dengan nasib keluarga mangsa.

Menurutnya, biarpun tidak dapat menyertai SAR setiap hari kerana komitmen tugas, beliau cuba membantu keluarga mangsa dengan cara tersendiri.

Antara sukarelawan yang terlibat dalam SAR bagi mencari seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang Jumaat lalu.
Antara sukarelawan yang terlibat dalam SAR bagi mencari seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang Jumaat lalu.

"Saya uar-uarkan di laman sosial untuk orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu keluarga dan pencarian mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi cari Loqman diteruskan

Artikel Berkaitan:

Pemuda dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dalam Sungai Pahang

"Antaranya keperluan seperti petrol bagi sukarelawan yang memerlukan minyak untuk bot-bot yang digunakan.

"Setakat ini, memang ada sumbangan yang diterima seperti petrol, makanan, minuman selain wang tunai yang saya bagi terus kepada keluarga mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, diharap mangsa akan segera ditemui walaupun mengakui kesukaran yang terpaksa dihadapi antaranya arus deras.

"Pengalaman penduduk kampung yang telah biasa dengan keadaan sungai digunakan sebaik mungkin.

"Kami berharap mangsa segera ditemui selain operasi pencarian berjalan lancar," katanya.

Bagi orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Khairul Anuar di talian 019-9461515 untuk pertanyaan lebih lanjut.