Populasi lembu, kambing menurun di Johor

Samsolbari
Samsolbari
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Tren penurunan populasi ternakan ruminan terutama lembu dan kambing dicatatkan sejak 2012 sehingga 2018 di Johor.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, beberapa faktor menyebabkan kemerosotan populasi itu antaranya wabak penyakit dan kekurangan tanah.

"Namun permintaan terhadap daging lembu dan kambing masih tinggi iaitu lebih 1.05 juta tan metrik bagi lembu dan lebih 438,000 tan metrik kambing.

"Pada Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) permintaan daging cukup tinggi di mana permohonan permit sembelih luar pada tahun 2020 melibatkan sebanyak 4,791 ekor dengan hasil sebanyak RM158,045 berbanding tahun 2019 sebanyak 4,308 ekor dengan hasil sebanyak RM136,923.

"Kerajaan negeri menerusi Jabatan Veterinar akan menggiatkan program hub pedaging, bantuan bahan asas dan pembangunan infrastruktur bagi mengatasi isu kekurangan bekalan daging lembu dan kambing serta Skim Rezeki Ternak dan Program Pembangunan Ruminan (PROPER)," katanya ketika menjawab soalan Sulaiman Mohd Nor (PH-Kemelah ) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Johor juga kini sedang berusaha menarik lebih banyak pihak swasta terlibat dalam bidang ternakan dengan menawarkan tanah di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Artikel Berkaitan: