Beri peluang wanita jadi penolong ketua kampung

Rasman Ithnain
Rasman Ithnain
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMASKINI] Golongan wanita dan belia wajar diberi peluang untuk dilantik menjadi penolong ketua kampung di negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, peranan orang muda di luar bandar perlu dipertingkatkan dengan cadangan jawatan penolong atau pembantu ketua kampung diwujudkan serta diberi elaun sebanyak RM300 atau jumlah yang dirasakan sesuai.

“Saya percaya cadangan ini boleh diperluaskan kepada golongan wanita bagi membantu dalam hal ehwal wanita dan dicadangkan mereka juga diberi elaun,” katanya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik peruntukan dan perhatian untuk belia sempena Belanjawan Johor 2021.

Artikel Berkaitan: