Predator Malaysia Penang Mai

A
A
A
Penghibur jalanan yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan Mohd Nor Hisham Awang Nang, 47, memakai kostum Predator menyerahkan bantuan makanan dan keperluan asas kesihatan kepada golongan gelandangan sekitar kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) malam tadi.

Beliau yang cacat penglihatan sebelah mata bersama kumpulannya yang dikenali sebagai 'Geng 3 Suku' mengedarkan sumbangan makanan, sabun dan pakaian kepada 50 gelandangan di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Mohd Nor Hisham, walaupun pendapatan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19 tetapi kumpulan mereka tetap menyumbangkan bantuan kepada golongan gelandangan yang sangat memerlukan bantuan ketika pandemik COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menyumbang barang-barang keperluan seperti sabun, ubat gigi, selimut dan pakaian yang diperlukan oleh gelandangan tersebut. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Perhiasan Aidilfitri

No Image Caption
GALERI

Perniagaan Buah Kabung

No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED