Menu sarapan cuma RM1

Gerai makanan pagi diusahakan Nurul Hidayu dan suami di Kampung Tasek, Padang Kabar, Marang.
Gerai makanan pagi diusahakan Nurul Hidayu dan suami di Kampung Tasek, Padang Kabar, Marang.
A
A
A

MARANG - Sepasang suami isteri berkongsi rezeki dengan cara tersendiri apabila mengusahakan perniagaan menjual menu sarapan berharga cuma RM1 di kampung mereka.

Nurul Hidayu Zulkifli, 34, dan suaminya, Ahmad Zughairi Mohd Zuki, 34, yang berniaga di tepi kediaman mereka di Kampung Tasek, Padang Kabar dekat Bukit Payong, sekarang tidak menang tangan susulan sambutan hangat daripada orang ramai sejak memulakan perniagaan itu sejak 14 Oktober lalu.

"Untung nipis (sedikit) tak mengapa, janji puas hati dapat kongsi rezeki bersama insan lain lebih-lebih lagi yang ada anak ramai. Minggu pertama mula berniaga saya hanya ada (menjual) tiga bakul kuih muih. Selepas dua minggu menu semakin bertambah.

"Kebanyakan kuih muih dan nasi saya buat sendiri tetapi ada juga menu yang ditempah daripada adik beradik serta keluarga terdekat," kata Nurul Hidayu memulakan bicara.

Nurul Hidayu
Nurul Hidayu

Tambah wanita tersebut, dua hari selepas memulakan perniagaan dia menerima sumbangan sebanyak RM20 selama dua minggu berturut-turut daripada seseorang yang memintanya untuk memberi makanan percuma kepada pelanggan.

"Hasil sumbangan individu tersebut, setiap yang datang membeli di sini (gerai) mendapat percuma makanan tidak kira dia beli berapa bungkus. Saya anggap ini adalah permulaan berkat di atas perniagaan yang saya usahakan di samping niat asal untuk membantu mereka yang terkesan atau kehilangan pekerjaan disebabkan Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara pelanggan yng mengunjungi gerai sarapan pagi Nurul Hidayu di Kampung Tasek, Padang Kabar dekat Bukit Payong, Marang.
Antara pelanggan yng mengunjungi gerai sarapan pagi Nurul Hidayu di Kampung Tasek, Padang Kabar dekat Bukit Payong, Marang.

Ujar Nurul Hidayu lagi, tambahan pula terdapat juga individu yang bermurah hati memberikan sumbangan kepadanya supaya turut mengagihkan makanan ke pusat tahfiz serta rumah anak yatim dan dia percaya semua itu adalah keberkatan terhadap usahanya itu.

Menurut Nurul Hidayu, setakat ini sebanyak 55 jenis menu termasuk aneka kuih-muih tradisional dan moden serta pelbagai nasi termasuk menu sarapan ala barat seperti sandwic dan chicken chop dijual digerainya.

Katanya, awal pagi gerainya sudah dikunjungi pelanggan termasuk yang datang dari jauh seperti dari Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dunggun.

"Biasanya waktu kemuncak pelanggan datang dari jam 7 hingga 8 pagi manakala sekitar jam 9 pagi semua pek makanan sudah habis dijual.

"Antara 800 dan 1,200 pek makanan disediakan setiap hari dan boleh habis dalam masa dua jam," katanya yang berhasrat membuka sebuah cawangan di Kuala Terengganu pada awal tahun depan.

Gerai sarapan pagi Nurul Hidayu di Kampung Tasek, Padang Kabar, Marang diserbu pelanggan seawal jam 6.55 pagi.
Gerai sarapan pagi Nurul Hidayu di Kampung Tasek, Padang Kabar, Marang diserbu pelanggan seawal jam 6.55 pagi.