Polis Kelantan kutip RM6.2 juta saman trafik

Mohd Zamri
Mohd Zamri
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan mengutip RM6.2 juta membabitkan 53,095 saman yang diselesaikan pesalah trafik pada program tawaran separuh harga sehingga Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kutipan itu melebihi dua kali ganda nilai sasaran RM3 juta yang ditetapkan oleh pihaknya.

Menurutnya, program sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu dilaksanakan dalam tempoh 11 hari bekerja bermula 16 sehingga 30 November lalu.

“Pembayaran dilakukan di Kaunter Semakan dan Bayaran Saman di 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah seliaan kontinjen Kelantan.

“Hari pertama, jumlah kutipan yang diperoleh melebihi setengah juta ringgit iaitu sebanyak RM575,150 sehingga terakhir pada Rabu lalu mencatat kutipan hampir RM1juta iaitu RM958,880. Keseluruhan saman yang diperoleh adalah RM6,157,940,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya, kutipan itu melibatkan sejumlah 53,095 saman daripada pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan: