Rakaman CCTV Timbalan Menteri tunjuk jari tengah tak jelas: Speaker

Azhar
Azhar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menunjukkan jari tengah dalam Dewan Rakyat terus diperkatakan pada persidangan hari.

Ia susulan Fahmi Fadzil (PH- Lembah Pantai) bangun bertanya mengenai peraturan mesyuarat dan usul daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun terhadap ahli Parlimen Puncak Borneo itu.

Azhar memberitahu Dewan beliau tidak dapat memastikan bahawa kejadian tersebut berlaku walaupun telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam Dewan Rakyat kerana ia tidak jelas.

“Saya ada sedikit masalah penglihatan tetapi telah melihat semula rakaman CCTV tetapi tidak nampak dengan jelas kerana rakaman itu dari arah belakang.

“Semalam saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri dan beliau menafikan perkara tersebut berlaku,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu Khoo Poay Ting (PH-Kota Melaka) turut mencelah dan menjelaskan kejadian tersebut berlaku dan bersedia untuk memberikan rakaman yang lebih jelas.

Azhar ketika memberikan respons terhadap kenyataan tersebut memaklumkan beliau bersedia melihat rakaman tersebut.

“Terima kasih Kota Melaka, saya jemput ke kamar saya untuk kemukakan video berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: