X

Kindly register in order to view this article
!

Guardiola kagum aksi Foden

Foden (hadapan), mengawal bola pada perlawanan berkenaan
A
A

Biarpun sekadar terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Juara-Juara berdepan Porto di Estadio do Dragao namun pengendali Manchester City, Pep Guardiola tetap memberikan kredit kepada penyerang mudanya, Phil Foden.

Menurut Guardiola, pemain berusia 20 tahun itu telah beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan berkenaan terutamanya dengan mencipta banyak peluang gol.

“Bagi saya, dia (Foden) seorang pemain yang hebat dengan intensitinya yang sering mencipta banyak peluang gol di kawasan lawan.

“Dia telah beraksi dengan baik dan secara keseluruhannya, saya gembira dengan persembahan yang dipamerkan.

“Oleh itu, saya tidak teragak-agak untuk menurunkan Foden juga akan sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan selepas ini,” katanya.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan, City telah pun mengesahkan kemaraan ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara selaku juara Kumpulan C dengan 13 mata hasil empat kemenangan dan seri sekali daripada lima perlawanan setakat ini.

Skuad The Citizens itu juga seharusnya memenangi perlawanan berkenaan menerusi jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-80, bagaimanapun gol berkenaan tidak disahkan berdasarkan rakaman video bantuan pengadil yang mengatakan pemain berkenaan berada dalam keadaan ofsaid.

Sementara itu, Guardiola berkata, sudah tiba masanya untuk skuad kendaliannya itu memberikan tumpuan pula kepada aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Justeru katanya, beberapa pemain City seperti Bernardo Silva, Oleks Zinchenko, Fernandinho dan Jao perlu mendapatkan semula rentak permainan masing-masing.

“Selepas menang 5-0 dengan Burnley 28 November lalu, saya telah katakan kepada pemain bahawa kita akan adakan penggiliran pemain.

“Oleh itu, pemain-pemain kini diharap bersedia untuk perlawanan seterusnya dalam saingan EPL pula,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!