Dua remaja ditahan ketika merempit

Remaja ditahan selepas menunggang melulu dan berbahaya.
Remaja ditahan selepas menunggang melulu dan berbahaya.
A
A
A

NILAI - Dua remaja ditahan dalam Op Rempit yang diadakan di Jalan Ekar Matahari Sendayan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hasil risikan yang dilakukan oleh anggota yang berpakaian perman, berjaya menahan dua lelaki yang sedang melakukan aksi bahaya semasa menunggang motosikal kira-kira jam 6.30 petang.

“Dua remaja berusia 22 dan 18 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya.

Mereka melakukan aksi seperti membongkokkan badan dan menunggang secara zig-zag yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Menurutnya, mereka dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Nilai untuk disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: