Banjir gelombang kedua Terengganu pulih sepenuhnya

Pasukan APM membantu membersihkan rumah penduduk di Kemaman yang ditenggelami air selepas banjir pulih. - Foto APM
Pasukan APM membantu membersihkan rumah penduduk di Kemaman yang ditenggelami air selepas banjir pulih. - Foto APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Marang ditutup hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, lapan mangsa daripada tiga keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut dibenarkan pulang pada jam 10.30 pagi tadi.

“Dengan penutupan PPS terakhir ini, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah kembali berada dalam keadaan kesiapsiagaan Monsun Timur Laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan hanya satu sungai masih merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman, manakala sungai lain adalah normal.

Terengganu mula dilanda banjir pada 18 November lalu dengan surau Kampung Bukit Nyor, Setiu menjadi PPS pertama dibuka bagi menempatkan 37 mangsa.

Banjir gelombang kedua pula bermula 24 November melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun sebelum merebak ke Setiu, Marang dan Kemaman.

Artikel Berkaitan: