Dua rakan karib didakwa edar dadah

Tertuduh Mohd Firdaus Abdullah, 21, (tengah) diiringi anggota polis sebaik tiba di Mahkamah Majistret Kangar hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu dan ganja seberat 226 kilogram pada September lalu.
Tertuduh Mohd Firdaus Abdullah, 21, (tengah) diiringi anggota polis sebaik tiba di Mahkamah Majistret Kangar hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu dan ganja seberat 226 kilogram pada September lalu.
A
A
A

KANGAR - Dua rakan karib didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu dan ganja pada September lepas.

Tertuduh, Mohd Firdaus Abdullah, 21, dan Mohd Zamidi Mat, 31, mengangguk faham tetapi tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka dituduh mengedar dadah seberat 126 kilogram di sebuah rumah di Jalan Raja Wali, Felda Rimba Mas, Padang Besar pada 12.15 tengah malam, 2 September lepas.

Mereka juga dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 100 kilogram pada tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Joydia Por Yi Tying manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim. - Bernama

Artikel Berkaitan: