Pemberi maklumat dilindungi Akta 711

Takiyuddin Hassan - Foto Bernama
Takiyuddin Hassan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejak 15 Disember 2010 pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, menerusi akta tersebut, pemberi maklumat diberi perlindungan berkaitan maklumat sulit, identiti, alamat, pekerjaan dan berkaitan.

"Objektif penggubalan Akta 711 bagi memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam dan swasta dengan menggalakkan serta memudahkan orang awam untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan kelakuan tidak wajar.

"Akta 711 juga memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan memudaratkan," katanya pada Sesi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada R Sivarasa (PH-Sungai Buloh) yang ingin tahu mengenai pelaksanaan dasar rasmi kerajaan bagi menubuhkan sistem dan prosedur memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat di negara ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pelaksanaan Akta 711 juga membabitkan sektor awam dan swasta seperti peruntukan dalam seksyen 2 selain skop agensi penguatkuasaan diiktiraf adalah luas.

"Ia merangkumi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

"Bagi tujuan tersebut, pemberi maklumat perlu memberi kerjasama dan bertindak mengikut peruntukan ditetapkan bagi membolehkan perlindungan sewajarnya diberikan kepada mereka di bawah undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: