Tiba-tiba 'mata' anak terkeluar, berdarah

Muhammad Aus Azizul dilahirkan tanpa bebola mata kiri dan kanan, manakala dalam kelopak mata kiri pula terdapat ketumbuhan.
Muhammad Aus Azizul dilahirkan tanpa bebola mata kiri dan kanan, manakala dalam kelopak mata kiri pula terdapat ketumbuhan.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] "Saya seolah-olah terputus nyawa ketika melihat sebelah matanya berdarah semasa bangun daripada tidur Subuh kelmarin,” kata Nurul Izzati Jaffar, 28, ibu kepada bayi lelaki yang lahir tanpa bebola mata kiri dan kanan.

Kejadian mata berdarah itu menimpa anak bongsu berkenaan, Muhammad Aus Azizul yang baru berusia enam bulan kerana mata palsu yang dipakai pada kelopak kanan itu mulai longgar. Lebih menyedihkan juga mata kiri bayi itu pula terdapat ketumbuhan.

Nurul Izzati berkata, anaknya bangun pada jam 6 pagi dan bermain seperti biasa.

"Saya melihatnya dalam samar-samar gelap bilik sebelum perasan ada lingkaran hitam di sekeliling kelopak mata.

“Apabila buka lampu rupanya-rupanya darah. Dalam cemas saya lap darah itu dan memandikannya lalu bergegas membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kemumin, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Mata palsu yang digunakan bayi berusia enam bulan, Muhammad Aus Azizul tercabut dengan sendiri ketika pemeriksaan dilakukan oleh doktor di HRPZ II kelmarin.
Mata palsu yang digunakan bayi berusia enam bulan, Muhammad Aus Azizul tercabut dengan sendiri ketika pemeriksaan dilakukan oleh doktor di HRPZ II kelmarin.

Nurul Izzati berkata, ketika doktor memeriksa, mata palsu tersebut terkeluar dengan sendiri kerana kelopak mata yang merenggang dan membesar seiring dengan pertumbuhan fizikal bayi itu.

“Doktor kemudian membekalkan ubat titis antibiotik bagi menggelakkan jangkitan kuman pada mata yang luka dan keadaannya stabil serta dibenarkan pulang.

Artikel Berkaitan:

“Tiga pakar memantau Aus dan apabila usia 4 tahun, dia akan memakai mata palsu yang kosnya antara RM500 sehingga RM1,000,” katanya.

Tambahnya, Aus bayi pra matang yang dilahirkan seberat 2.4 kilogram (kg) secara bersalin normal pada usia kandungan 36 minggu manakala keadaan mata tersebut hanya disedari doktor selepas dia selamat dilahirkan.

“Aus mudah dijaga, tidak banyak ragam sebaliknya menangis biasa apabila lapar atau mengantuk. Nak bezakan dia tidur atau tak, boleh tengok keningnya, kalau terangkat maksudnya dia berjaga selainnya suka main geleng-gelengkan kepala," katanya.

Nurul Izzati dan kakak Muhammad Aus Azizul, Armel Izzatul,4, menghidap penyakit asma yang menggunakan alat inhaler.
Nurul Izzati dan kakak Muhammad Aus Azizul, Armel Izzatul,4, menghidap penyakit asma yang menggunakan alat inhaler.

Bagaimanapun katanya, kos ulang-alik ke hospital tiga hingga empat kali sebulan dan perbelanjaan susu serta lampin pakai buang tinggi dia hanya suri rumah manakala suami pula hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1,500 sebulan

Lebih menyedihkan, wanita tersebut dan anak perempuan sulungnya, Armel Izzatul,4, menghidap penyakit asma dan perlu menggunakan alat penyedut inhaler.

“Saya cuba berniaga secara kecil-kecil melalui atas talian. Dulu, jual latok tetapi sekarang susah dapat.

“Saya juga sudah dua tahun ejen penapis air berjenama tetapi belum ada rezeki terjual. Sekarang saya cuba menjual barangan kosmetik untuk tampung perbelanjaan kami termasuk rumah sewa RM180 sebulan,” katanya.

Aus pemenang kad orang kurang upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi ibunya memaklumkan Aus belum menerima sebarang bantuan.

Bagi yang berhasrat membantu boleh salurkan ke akaun Nurul Izzati Jaffar Bank Islam 03018021281076 atau menghubunginya di talian 016-9517691.