Cerita polis kaya raya

Laporan Sinar Harian berhubung pendedahan yang dibuat Zamri mengenai ada pegawai polis yang dikesan hidup mewah ‘ala orang kaya’.
Laporan Sinar Harian berhubung pendedahan yang dibuat Zamri mengenai ada pegawai polis yang dikesan hidup mewah ‘ala orang kaya’.
A
A
A

AWANG nak puji Ketua Polis Negara yang benarkan pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Datuk Zamri Yahya kata ada pegawai polis yang dikesan hidup mewah ‘ala orang kaya’. Kata beliau terdapat di antara mereka yang berkereta mewah dan sering keluar negara untuk main golf dan sebagainya.

Kata beliau lagi, ‘Apabila diperiksa berdasarkan jawatan dan pendapatan sebenarnya mereka tidak mampu untuk menampungnya’.

Beliau juga dedahkan bahawa gaya hidup ala orang kaya ini dengan bangganya dikongsi menerusi laman sosial peribadi masing-masing.

Tindakan itu tentulah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai daripada mana mereka memperoleh kekayaan sedemikian.

Zamri juga menyebutkan kes mereka yang hanya berpangkat Inspektor sahaja tetapi mampu membeli kereta serta rumah mewah yang diragukan sumber perolehannya.

Cerita pegawai polis yang masih berkhidmat tetapi hidup gaya orang kaya ini dah banyak kita dengar.

Awang percaya pendedahan Zamri adalah langkah positif untuk mengenal pasti mana-mana kambing hitam dalam pasukan itu. Sudah tentu pihak polis tak mahu dek angkara seorang berdua, terpalit nama baik PDRM seluruhnya.

Artikel Berkaitan:

Awang anggap ini jihad baharu PDRM untuk menjaga imejnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Segelintir pegawai polis dikesan amal cara hidup 'ala orang kaya'

Musa Hassan puji Bukit Aman pantau polis bermewah

Semak semula SOP pengisytiharan harta penjawat awam

Usaha terbaik bersih imej PDRM, kata Akhbar Satar