Amah berusia 16 tahun didera hingga mati

A
A

Kes penderaan dan pembunuhan seorang amah berusia 16 tahun menimbulkan kemarahan orang ramai di Pakistan. Mangsa, Uzma Bibi menemui ajal di tangan majikannya yang tidak berhati perut.

Uzma dipercayai kerap diseksa semenjak tinggal dan bekerja di rumah majikannya sejak lapan bulan lalu.

Menurut laporan di media sosial dan stesen tv Pakistan, gadis malang itu turut mengalami keretakan tulang akibat kerap dibelasah malah keadaan fizikalnya turut berubah.

Awal minggu ini, kepala Uzma dihentam menggunakan objek tajam kerana mengambil sedikit makanan dari pinggan anak majikannya.

Video memaparkan Uzma dalam keadaan tidak bermaya dan dipaksa makan tersebar luas di media sosial.



Media melaporkan Uzma dicekik dan mayatnya dicampak ke longkang. Tiga suspek wanita telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia