Tengku Zafrul berjaya 'checkmate' pembangkang

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Foto Bernama
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Foto Bernama
A
A
A

POLITIK Malaysia kini semakin pelik tetapi sangat menarik.

Merak Jalanan akui agak terkejut dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

Hampir tak pernah berlaku dalam sejarah apabila blok pembangkang terpinga-pinga di dalam Dewan selepas belanjawan peringkat dasar dibentangkan.

Bayangkan suatu ketika dulu blok pembangkang akan pakat bangun siap dengan plakad membantah pelbagai usul contohnya Cukai Jualan dan Barangan (GST).

Kasihan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar apabila cadangan untuk mengadakan undi belah bahagi hanya disokong oleh 13 orang ahli Parlimen.

Semuanya gara-gara arahan saat akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada yang percaya ia strategi Anwar kononnya tidak mahu mendedahkan numbers yang dimiliki beliau.

Tetapi ramai juga mengakui blok pembangkang tidak menyangka Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz mampu membuat pelbagai penambahbaikan kepada belanjawan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Penambaikan itu daripada pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk lapan juta pencarum sehinggalah bantuan RM300 kepada frontliners ibarat checkmate buat pembangkang.

Tindakan pembangkang Khamis lalu ternyata telah menyebabkan ramai penyokong pembangkang mengamuk di media sosial.

Harapan rakyat untuk melihat ahli Parlimen pembangkang bertindak garang pada perbahasan peringkat jawatankuasa seperti janji mereka juga gagal kerana setakat ini kesemua belanjawan kementerian berjaya diluluskan.

Jelas PH sebenarnya tidak cukup angka untuk melawan angka blok kerajaan seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.