Real Madrid perlukan pemain baharu

Ramos (kiri) dan Modric antara pemain Real Madrid yang semakin dimamah usia.
Ramos (kiri) dan Modric antara pemain Real Madrid yang semakin dimamah usia.
A
A
A

BEKAS pemain Real Madrid Steve McManaman menyifatkan skuad Los Blancos itu perlu membawa masuk pemain baharu bagi menggantikan Sergio Ramos dan Luka Modric.

McManaman berkata, kemasukan pemain-pemain baharu berkenaan dilihat sebagai satu usaha memberikan ‘nafas baharu’ kepada skuad Los Blancos itu yang dilihat agak bergelut sama ada dalam saingan La Liga mahu pun dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Real Madrid sebenarnya memiliki ramai pemain yang semakin dimamah usia dan ini memerlukan pihak pengurusan pasukan membuat pelaburan bagi membawa masuk pemain-pemain baharu.

“Tambahan pula, mereka tewas 1-2 kepada Alaves di gelanggang sendiri baru-baru ini.

“Mujur juga perlawanan itu tidak dihadiri penonton, jika tidak pasti mereka akan menerima pelbagai kecaman yang lebih teruk,” katanya.

Untuk rekod, Real Madrid kini berada pada kedudukan keempat La Liga dengan mata hasil lima kemenangan, seri dua kali dan tewas tiga kali setakat ini di mana terbaru, skuad kendalian Zinedine Zidane itu tewas 1-2 kepada Alaves di gelanggang sendiri.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu juga dilihat bergelut dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara apabila berada pada kedudukan kedua dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada empat perlawanan.

Sementara itu McManaman menyifatkan pandemik Covid-19 nyata telah memberikan kesan khususnya dari segi kewangan pasukan untuk melakukan perubahan sebagaimana yang dikehendaki oleh pengendali skuad berkenaan, Zinedine Zidane.

Artikel Berkaitan:

“Mereka kini nampak bergelut, dalam Liga Juara-Juara dan juga dalam saingan La Liga itu sendiri.

“Jika mereka mahu berjaya seperti dahulu, mereka perlu lakukan sesuatu. Ramai pemain seperti Luka Modric sudah berusia 35 tahun, Sergio Ramos (35), Karim Benzema dan Toni Kross juga kian menghampiri usia sedemikian.

“Kesemua mereka ini adalah pemain bola sepak yang hebat dan pernah melakar sejarah kejayaan bersama pasukan sebelum ini, tetapi jika mereka mahu mengulangi kejayaan berkenaan mereka perlukan pemain yang baharu,” katanya.