Norihan tidak lagi guna mesin bantuan pernafasan

A
A
A

GEORGETOWN - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, 39, yang terselamat dalam kejadian tembak ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini, kini boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin pernafasan.

Perkembangan itu dikongsikan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan yang turut memaklumkan Norihan sudah boleh berjalan dengan bantuan 'walker frame'.

"Anggota tersebut (Norihan) menunjukkan perkembangan yang sangat baik, boleh bernafas sendiri tanpa bantuan pernafasan.

"Malah dia boleh minum dan makan makanan bertekstur lembut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sebelum ini, Norihan menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pembedahan membuang dua butir peluru pada perut mengambil masa lebih empat jam bermula jam 1.30 petang itu dan dijalankan oleh kumpulan pakar HPP.

Rabu lalu, Norihan tiba di HPP tepat jam 9.20 malam dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga peluru iaitu satu pada paru-paru dan dua pada perutnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terbunuh, manakala Norihan cedera parah selepas berbalas tembakan kira-kira jam 2.30 pagi dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Artikel Berkaitan:

Berikutan keberanian luar biasa itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan kedua-keduanya anggota PGA itu dinaikkan pangkat kepada Sarjan berkuat kuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN:Sarjan Norihan sudah sedar, stabil

Norihan tiba di HPP untuk jalani pembedahan

Rakyat Malaysia jadi dalang sindiket penyeludupan di sempadan

Anggota buat risikan tidak pakai baju kalis peluru: PDRM

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Dua peluru dalam badan Norihan berjaya dikeluarkan