Dijangkiti Covid-19, Hamilton terlepas peluang sertai GP Bahrain

Lewis Hamilton disahkan dijangkiti Covid-19. - Foto Reuters
Lewis Hamilton disahkan dijangkiti Covid-19. - Foto Reuters
A
A
A

JUARA tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, disahkan dijangkiti Covid-19 sekali gus memadamkan peluangnya untuk menyertai Grand Prix (GP) Sakhir di Bahrain minggu ini, lapor agensi berita Sputnik.

Perlumbaan akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.

"Lewis Hamilton kehilangan peluang sertai Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain selepas positif Covid-19," memetik Twitter F1.

Pelumba itu menunjukkan gejala ringan dan sedang dikuarantin mengikut garis panduan kesihatan Bahrain serta protokol Covid-19. Pasukan Hamilton, Mercedes, telah mengesahkan perkara itu.

Hamilton, pelumba F1 ketiga yang dijangkiti Covid-19 selepas pelumba Mexico, Sergio Perez dan Kanada, Lance Stroll. - Bernama

Artikel Berkaitan: