Cap palsu sempadan: SPRM kesan dua individu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki yang sedang dicari ialah Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75, yang mempunyai alamat terakhir di No 22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.

Wanita yang ingin dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan warga China berusia lingkungan 30an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat iaitu Penolong Penguasa, Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.

Sebelum ini dilaporkan 65 individu terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan sembilan orang awam ditahan menerusi Op Selat, berkaitan kes pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.

Op Selat merupakan operasi yang digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi membanteras sindiket rasuah dalam pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kanan, dua anggota Jabatan Imigresen ditahan

Palsu cap sempadan: 13 termasuk sembilan anggota imigresen direman

Tiga dicari bantu kes cop palsu keluar, masuk sempadan

Artikel Berkaitan: